Peruntukan RM35.43 juta untuk 3 buah dewan


 Peruntukan sebanyak RM35.43 juta bagi pembinaan dewan di kawasan Parlimen Pagoh adalah untuk tiga buah dewan orang ramai.


Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, ia melibatkan Dewan  Gersik, Tangkak bernilai RM13 juta, Dewan Masyarakat Bukit Pasir, Muar  bernilai RM16.66 juta dan Pusat Komuniti Bukit Kepong, Muar bernilai  RM5.77 juta. 


Justeru, jelasnya, peruntukan pembangunan itu bukan untuk pembinaan sebuah dewan sahaja  seperti mana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. 


“Pembinaan ketiga-tiga dewan ini adalah untuk memenuhi keperluan  masyarakat setempat. 


“Perolehan bagi ketiga-tiga projek pembinaan dewan ini bukan secara  rundingan terus tetapi mengikut tatacara perolehan secara tender yang  diluluskan oleh Kementerian Kewangan,” katanya hari ini.


Dakwaan berhubung pembinaan dewan itu tular di media sosial dengan fakta salah dan mengelirukan.


Menurut kenyataan itu, dakwaan seperti yang ditularkan adalah berniat jahat dan Pejabat  Perdana Menteri merasa kesal dengan perbuatan tidak  bertanggungjawab ini. 


Sebelum ini, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir turut  meminta penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peruntukan sejumlah itu yang akan dibelanjakan bagi membina sebuah dewan di kawasan Parlimennya, Pagoh.


Akmal mendakwa sepucuk surat dari unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) kepada Jabatan Kerja Raya berkaitan perkara itu telah tular di media sosial. 


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)