Pada 15/01/2021 jam lebih kurang 3.00 petang semasa pengadu berada di kawasan Parkir motosikal tingkat bawah luar Aman Central Alor Setar telah datang 1 lelaki warganegara Bangladesh (Pengawal Keselamatan Aman Central) dan telah memarahi pengadu kerana pengadu tidak parkir motosikal di kawasan yang disediakan. Pengadu telah menjelaskan bahawa berada di motosikal dan menunggu ibu pengadu mengambil barang di tingkat atas. Namun dengan tiba-tiba pengawal keselamatan tersebut telah memaki pengadu dengan berkata pengadu bodoh yang menyebabkan pengadu telah menolak beliau ke belakang kemudian beliau telah memanggil beberapa orang rakan sekerjanya (5-6 orang). Kemudian mereka telah menarik pengadu memasuki satu bilik dan memukul pengadu menggunakan tangan dan kayu penyapu. Pengadu telah mengalami sakit pada anggota badan dan datang balai buat laporan.
- Pengurus Pengawal Keselamatan telah membuat laporan berkenaan kejadian sama yang mana pihak pengawal keselamatan juga diserang, bersangkut Alor Setar 859/20.
- Insp Azrul bersama anggota (D7) telah kesan kesemua pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian ini. Rakan pengadu turut dikesan untuk membantu siasatan.
BACA DETAIL PENUH KES : DI SINI