Pasangan Gay Meraung Dihukum Sebat 80 Kali



 Satu pasangan gay disebat di hadapan khalayak di wilayah Aceh di Indonesia hari ini, kata pegawai undang-undang.


Kedua-dua lelaki itu disebat hampir 80 kali setiap seorang kerana mengadakan hubungan seks sejenis, dilarang di wilayah Aceh mengikut undang-undang Islam.


Pasangan itu yang tidak didedahkan identiti mereka meraung kesakitan dan merayu agar hukuman sebat dihentikan semasa pegawai syariah menyebat bahagian belakang badan mereka dengan kayu rotan.



Hukuman itu dihentikan seketika dan kedua-dua lelaki berumur dalam lingkungan 20 tahun dibenarkan meminum air. Hukuman sebat disambung selepas itu.


Ibu kepada salah seorang lelaki itu pengsan sebaik melihat anaknya disebat.



“Penguatkuasaan hukuman syariah Islam adalah muktamad, tidak kira sesiapa, dan walaupun pelancong harus hormat pada norma-norma masyarakat setempat,” kata pegawai ketenteraman awam, Heru Triwijanarko.


Pasangan lelaki itu ditahan pada November tahun lalu di sebuah rumah sewa selepas pemilik tanah menemui mereka dalam keadaan separuh bogel dalam bilik. – AFP


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)