Padah Belanja RM208,329 Duit Tersalah Masuk Akaun, Suami Istri Berdepan Hukuman


SEBERANG PERAI – Tindakan sepasang suami isteri mem­belanjakan hampir kesemua duit RM208,329 yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaun mereka memakan diri apabila didakwa dengan 60 pertuduhan salah guna wang semalam.

Pemandu lori, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, mengaku bersalah, manakala isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 36, membuat pe­ngakuan sebaliknya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Butterworth di sini, Foon Char Peng.

Mereka didakwa secara bersama melakukan salah guna wang berjumlah lebih RM191,312.70 milik Mandy Corporation Sdn. Bhd. pada Julai dan Ogos tahun lalu

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa buah bank di daerah Seberang Perai Utara di antara 4 Julai hingga 11 Ogos 2020 bagi kesemua 60 pertuduhan

Pasangan yang mempunyai seorang cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu menyalahgunakan harta secara curang yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab. Aziz dan Asma’ ‘Amira Shahidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan yang keseluruhannya berjumlah RM360,000 bagi kedua-duanya.

Pasangan itu dihantar ke Penjara Reman Pulau Pinang di George Town selepas gagal membayar jaminan.

Kes disebut semula pada 2 Februari depan.

Mengikut fakta kes, wang tersebut telah didepositkan pada 2 Julai 2020 oleh satu cawangan bank tempatan melalui cek kepada akaun Siti Hajar kerana kesilapan pada salah satu digit nombor akaun.

Wang itu sepatutnya didepositkan ke dalam satu akaun sebuah syarikat.

Difahamkan, wang itu digunakan untuk menyelesaikan hutang rumah teres setingkat milik mereka di Port Dickson, Negeri Sembilan, manakala bakinya di­belanjakan bagi perkara lain.

Pihak bank hanya mengetahui wang itu tersalah masuk ke dalam akaun tertuduh pada 11 Ogos 2020 lalu menghubungi mereka, namun tidak mendapat kerjasama sebelum membuat laporan polis.

Rumah berkenaan kini disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)