SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Mayat dipercayai nelayan hilang ditemukan di Indonesia

MELAKA: Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang bersama-sama rakannya di perairan Selat Melaka sekitar Pulau Undan, sejak Rabu lalu dipercayai ditemukan di Pulau Rupat, Indonesia, pagi ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dilakukan polis di negara itu bagi mengesahkan identiti mayat berkenaan.

Katanya, mayat itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian, namun reput sepenuhnya dipercayai dihanyutkan di laut antara tiga hingga empat hari berdasarkan proses pereputan tersebut.

“Kita menerima maklumat awal daripada polis di Indonesia mengenai penemuan mayat reput seorang lelaki di pesisiran Pantai Rupat.

“Mayat tersebut dilaporkan lengkap berpakaian dan lesen memandu turut ditemukan, namun maklumat ini belum matang dan siasatan lanjut sedang dilakukan bersama polis di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas bersama-sama dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang menyampaikan sumbangan kepada anggota bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Tol Ayer Keroh di sini, hari ini.

Penemuan itu turut tular dalam media sosial Facebook menerusi beberapa keping gambar mayat reput seorang lelaki dalam keadaan tertiarap.

Turut dimuat naik adalah sekeping gambar tertera lesen memandu atas penama Ahmad Norizan Mohamad dipercayai milik mangsa di pesisiran pantai di Indonesia.

Abdul Majid berkata, pengesahan identiti mangsa akan dilakukan oleh polis di Indonesia dan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu.

Mengulas lanjut mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi nelayan yang dilaporkan hilang bersama, beliau menjelaskan operasi itu dihentikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Bagi pencarian sepenuhnya, kita hanya tinggal separuh sahaja kerana operasi itu telah melebihi tempoh dibenarkan SOP iaitu tiga hari sahaja, jadi kita hanya menunggu maklumat lanjut daripada Indonesia.

“Bagaimanapun maklumat yang kita perolehi daripada pihak sana lebih tepat, kemudian kita akan putuskan sama ada akan meneruskan pencarian atau tidak,” katanya.

Katanya, mayat akan dibawa pulang sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan dua nelayan, Ahmad Norizan Mohamad, 38, dan rakannya, Irwan Radjab, 47, hilang selepas keluar bersama-sama menangkap ikan di perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Undan, Rabu lalu. 

▶️ INFO LEBIH

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!