Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam ‘menghentam’ MIC berikutan pembatalan cuti Thaipusam dikesali.
Timbalan Ketua MIC Bahagian Taiping, Veeran Muniandy yang tidak menyangka Muhammad Sanusi akan terus melakukan serangan demi serangan sejak akhir-akhir berkata, Pas akan hilang sokongan masyarakat India.
“Malas kata Muhammad Sanusi, MIC tidak sokong Pas sebelum ini. Apakah dia semak fakta sebelum bercakap? Sebelum ini adakah Pas sokong UMNO dan BN pada PRU lepas?
“Jangan main cakap sahaja, anda mula berkuasa hanya selepas pertukaran kerajaan serta menyertai Perikatan Nasional (PN). Jangan lupa juga, ketika belum berkuasa sebelum ini, MIC sudah jalin persefahamaan dengan Pas.
”Masa itu bukan main angkat puji kami tinggi melangit,” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi MIC Pusat (CWC) kepada MalaysiaGazette hari ini.
Semalam Muhammad Sanusi mendedahkan beliau tidak mahu lagi melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan menyokongnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Menurutnya, pada PRU-14 parti itu juga tidak menyokong Pas, malah kebanyakan ahli parti itu menyokong Pakatan Harapan (PH).
Muhammad Sanusi menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran yang menyifatkan Muhammad Sanusi sebagai pemimpin tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kemampuan untuk ‘bersosial’ dengan kaum lain.
Kata Veeran, tindakan membatalkan cuti Thaipusam tidak dapat diterima bukan di Kedah tetapi seluruh negara.