Lagi kes aniaya kucing demi content media sosial...

Tergamak aniaya kucing nak raih perhatian di media sosial

Kuala Lumpur: Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berhubung tindakan sekumpulan pemuda melempar kucing seperti yang tular di laman sosial semalam.

Menerusi video tular itu, seorang pemuda melempar kucing berkenaan dari lokasi tinggi yang tidak diketahui sambil dirakam dan diperhatikan beberapa rakannya.
Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika berkata, kejadian dipercayai berlaku di negara ini kerana rakaman itu ada memaparkan kereta Perodua MyVi di lokasi kejadian.

"Ia disyaki berlaku di sebuah ladang di Sarawak. Orang ramai yang mengecam wajah pelaku diharap dapat tampil membuat aduan kepada polis.
"Boleh juga salurkan maklumat ke talian whatsapp MyAct Hotline 011-20901097 atau di laman web animalmalaysia.com," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, tindakan pemuda itu adalah satu kesalahan yang boleh menyebabkan kematian haiwan berkenaan dan ia menyalahi Akta Kebajikan Haiwan 2015.
"Masyarakat juga diingatkan supaya tidak menjadikan haiwan seperti kucing sebagai bahan pembikinan video hiburan untuk dimuat naik di media sosial seperti TikTok kerana ia perbuatan yang zalim," katanya.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)