SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Kilang Kimia Di Pasir Gudang Meletup, 1 Maut 2 Cedera


 Seorang maut dan dua parah dalam kejadian letupan di sebuah kilang kimia di Jalan Tengar, Tanjung Langsat, Pasir Gudang, petang tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, Wilson Banggau, 45, disahkan maut manakala dua rakan sekerjanya, Bonsi Buli, 42, dan Mohd Syafiq Abd Rahman, 23, parah.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata, empat jentera termasuk dari BBP Larkin dan sebuah tangki air dengan 27 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan.


Katanya, setibanya di lokasi pihaknya mendapati berlaku satu letupan pada sebuah tangki setinggi 15 meter ketika kerja kimpalan dijalankan.


"Tangki berkenaan menyimpan bahan Crude Glycerin yang boleh menyimpan kapasiti penuh sebanyak 1,000 tan.


"Namun ketika letupan berlaku kapasiti tangki itu adalah sebanyak hanya 800 tan.


"Kesemua mangsa sedang menjalankan kerja kimpalan pada penutup paip sebelum letupan itu berlaku.


"Mangsa yang disahkan terbunuh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian selain kerugian yang dialami.

Bomba siasat punca jurukimpal maut

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menyiasat punca sebenar kematian seorang jurukimpal yang terbabit dalam insiden letupan di sebuah stor simpanan kilang memproses produk kelapa sawit, petang tadi.


Timbalan Pengarah JBPM Johor, Pauzan Ahmad, berkata dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.41 petang itu, punca kematian mangsa yang dikenal pasti sebagai Wilson Banggau, 45, itu masih dalam siasatan sama ada mangsa maut akibat letupan atau terjatuh daripada tempat tinggi.


"Dalam kejadian letupan berkenaan, dua jurukimpal terjatuh dari ketinggian kira-kira 15 meter ketika sedang melakukan kerja kimpalan di bahagian bumbung sebuah tangki simpanan 'crude glycerin' di situ.


"Ia menyebabkan seorang daripada jurukimpal itu maut dan seorang lagi mengalami kecederaan patah kaki dan melecur, manakala seorang lagi mangsa yang juga jurukimpal cedera akibat melecur di muka," katanya.


Terdahulu media melaporkan seorang maut dan dua parah dalam kejadian letupan di sebuah kilang kimia di Jalan Tengar, Tanjung Langsat, Pasir Gudang


Dalam kejadian letupan kira-kira jam 2.41 petang itu, Wilson disahkan maut manakala dua rakan sekerjanya, Bonsi Buli, 42, dan Mohd Syafiq Abd Rahman, 23, parah.


Seramai 42 anggota dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan Larkin dikejar ke lokasi kejadian.


Mengulas lanjut, Pauzan berkata, letupan berkenaan bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kebakaran terhadap kilang yang memproses produk kelapa sawit itu.


"Anggaran kerugian masih dalam siasatan manakala operasi di lokasi berkenaan ditamatkan pada jam 4.26 petang tadi, " katanya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!