JAIS sahkan siasat Muhammad Sajat Kamaruzaman


 
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.


JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai kelakuannya pada 2018 dan 2020.


Menurut jabatan itu, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.


"Sajad sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu.


"Pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan," katanya.


Terdahulu, sebuah portal melaporkan mengenai pendedahan Sajat berkaitan layanan tidak wajar penguat kuasa JAIS terhadapnya dan dia turut ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu pada 6 Januari lalu.


Sajat turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan penguat kuasa berkenaan walaupun dia sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.


Sajat dilaporkan mendakwa pihak JAIS seolah-olah melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan serta digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri.

Lihat Lagi : DI SINI


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)