SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bekas Suami DSV Tuntut Insurans 2 Anak Meninggal Dunia, Harta Sepencarian


 
Hari ini Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menolak tuntutan hadanah yang dibuat oleh bekas suami usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Mohd Amin Yassin.


Bagaimanapun, Cik B dan Kacak diarahkan oleh mahkamah untuk menghubungi bapa mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Ia bertujuan mengelakkan ikatan silaturahim antara anak dengan bapa terputus.


Menerima keputusan mahkamah dengan berlapang dada, Mohd Amin berkata dia akan sabar menunggu kedua anaknya itu untuk kembali ke pangkuannya.


Dalam pada itu, Mohd Amin memaklumkan dia akan mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan serta berhasrat untuk menuntut harta sepencarian dengan bekas isterinya ketika bercerai serta harta dua anaknya yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans.


Mohd Amin dan Vida berkahwin pada 2000, namun pasangan berkenaan bercerai lapan tahun kemudian. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata.


Bagaimanapun, dua orang lagi anak lelaki mereka iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie, meninggal dunia dalam tragedi kebakaran rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri pada 2013.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!