SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bayi Perempuan "Down Sindrom" ditemukan kesejukan dalam ladang kelapa sawit



 Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan dan menghidap sindrom down, ditemukan dalam ladang kelapa sawit di Kemayan, kira-kira 175 kilometer dari sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Bera Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, bayi itu ditemukan kira-kira 1.45 tengah hari tadi oleh dua pemancing, yang masuk ke ladang berkenaan untuk menahan jaring menangkap ikan di kawasan dilanda banjir.


"Pemancing berkenaan mendakwa mereka menjumpai sebuah kotak dan apabila diperiksa, terdapat bayi perempuan yang cukup sifat dibalut menggunakan kain batik berwarna hitam, dengan kesan gigitan semut di badannya.


"Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati bayi seberat 2.12 kilogram itu dipercayai dilahirkan antara 5 hingga 7 pagi tadi, dan dicuci dengan air kotor sebelum ditinggalkan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.


Mansor berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan penemuan berkenaan dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.