Warga Emas Maut Diserang Babi Hutan


 Seorang lelaki maut selepas dipercayai diserang babi hutan ketika memetik cendawan di jalan ke kebun kelapa sawit, Tanah Hitam, Chemor di sini pagi semalam.


Mangsa, Soo Chau, 71, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi dikenali sebagai Chong Wah mengalami kecederaan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam terdapat seorang lelaki maut dan seorang lelaki cedera dipercayai diserang seekor babi hutan.


Katanya, bertindak atas maklumat berkenaan anggota ke lokasi kejadian membuat siasatan awal.



"Hasil siasatan mendapati si mati masuk ke kebun mencari cendawan dan terserempak seekor babi hutan dipercayai terlepas dari jerat dipasang oleh pemburu haram.


"Si mati diserang dan pada masa sama datang seorang lelaki yang secara kebetulan melalui tempat kejadian yang cuba menolong turut diserang babi berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, selepas menyerang si mati dan mangsa yang cedera, babi itu lari ke kawasan semak berhampiran sehingga dawai terikat di kaki hadapan kanan tersangkut antara akar pokok dan mengakibatkan babi itu tersangkut.


"Kes sudah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang kemudiannya berjaya menembak babi berkenaan," katanya.



Katanya, mayat si mati dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat hari sama manakala mangsa yang cedera pula dibawa ke hospital sama untuk rawatan.


"Kes diklasifikasikan sebagai mati dipercayai diserang babi hutan," katanya



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)