SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Wanita Maut Ditikam Di Leher, Separuh Bogel...

 Polis sedang giat memburu seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia susulan penemuan mayat seorang wanita warga asing di Klang, kelmarin.


Mayat mangsa yang juga warga Indonesia itu ditemui dalam keadaan separuh bogel dan berlumuran darah dengan kesan tikaman di leher dalam kejadian di Klang kelmarin.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan Deputi Superintendan Wong Yuen Chuan berkata, suspek berusia 30-an itu tinggal bersama mangsa di sebuah rumah di Taman Sri Andalas, Klang semasa kejadian.


“Polis masih sedang memburu suspek lelaki yang masih menghilangkan diri sejak kejadian itu.


“Dia tidak boleh lari dari polis untuk tempoh lama..suspek sebenarnya pendatang asing tanpa izin (PATI) dan semakan polis dengan Jabatan Imigresen juga mendapati suspek telah disenaraihitam daripada memasuki negara ini sejak tiga tahun lalu


“Polis mempergiatkan pencarian dan pengesanan suspek lelaki itu berdasarkan gambar yang diperoleh dari Imigresen..kita yakin tangkap dia secepat mungkin,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.


Dalam kejadian pada 23 Disember lalu, polis menerima panggilan daripada rakan mangsa pada jam 2.05 petang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!