SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

VIDEO - Polis Tembak Mati Ibu, Anak Hanya Kerana Bertengkar Dengan Anaknnya



 Polis Filipina akan memecat seorang anggotanya yang didakwa menembak mati dua individu di Paniqui kelmarin dalam tempoh 30 hari.


Ketua polis negara, Alfegar Triambulo menegaskan, Pengarah Wilayah RIAS-1 telah diarahkan untuk meneruskan siasatan pra-caj ke atas suspek tersebut.


“Dia, suspek sudah menyerah diri dan mengaku bersalah atas tindakan tersebut.



“Jadi yang pastinya, kita akan memastikan bahawa dia akan dipecat dalam tempoh 30 hari ini,” katanya kepada pemberita, memetik laporan CNN Philippines hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Wilayah 3, Val de Leon memaklumkan, suspek akan dikenakan dua tuduhan bunuh dan pihaknya menjamin siasatan serta pendakwaan akan dijalankan secara telus.


“Jabatan Dalam Negeri serta Kerajaan Tempatan meyakinkan bahawa siasatan akan dijalankan dengan teliti, tidak berat sebelah dan pantas.


“Tidak ada sebarang jaminan yang disyorkan,” tambahnya lagi.


Dalam masa sama, pihak keluarga mangsa juga menuntut agar sarjan polis ‘pembunuh’ terbabit dilucut perkhidmatan serta-merta selepas nenek mereka, Sonya Gregorio, 52, dan anak lelaki, Frank Anthony Gregorio, 25, ditembak mati dalam insiden tersebut.


Hanya kerana meriam

Difahamkan, segalanya bermula apabila Frank Anthony didakwa ‘menghidupkan’ tembakan meriam buatan PVC  yang dipanggil ‘boga’ di situ yang dipercayai menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.


Polis tampil ke lokasi kejadian bagi bertindak atas kuasa, bagaimanapun perbalahan kedua-dua pihak tercetus apabila mereka turut bertelagah tentang isu pertikaian hak milik.


Namun, suasana bertukar lebih tegang apabila anak perempuan polis yang turut berada di situ masuk campur dan menjadi ‘batu api’ dengan melaungkan ‘ayah saya polis’,  sekaligus menambahkan lagi kemarahan Sonya dengan membalas semula ‘saya tidak peduli’ berulang kali.


Berang dengan protes itu, akhirnya suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan terus menembak kedua-dua beranak tersebut tepat di bahagian kepala sehingga mati serta-merta di tempat kejadian.


Rakaman tersebut tular di media sosial dan turut mendapat kecaman negatif daripada semua warganet, termasuk rakyat tempatan Filipina sendiri.


Suspek didakwa ada kes ‘korupsi’ dan rekod jenayah lampau

Untuk rekod, pembunuhan tersebut bukanlah jenayah pertama yang didakwa dilakukan suspek.


Sarjan kanan itu sebelum ini didakwa pernah terlibat dalam enam kes jenayah dalam tempoh 10 tahun terkini sepanjang perkhidmatannya, termasuklah dua kes pembunuhan pada tahun lepas.


Difahamkan, kedua-dua kes tersebut adalah melibatkan jenayah dadah, bagaimanapun tuduhan dan pendakwaan ke atasnya tidak diteruskan dipercayai berikutan kekurangan bukti kukuh.



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.