SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Tips Untuk Dapat Anak Kembar, Pemakanan Dan 3 Posisi Seks Yang Betul



 Ramai ibu bapa yang teringin anak kembar kerana comel dan seronok memiliki dua anak dalam satu masa yang sama. Tapi apakah cara mendapatkan bayi kembar yang sangat berkesan? 


Menurut doktor, membuat bayi kembar tidaklah mudah dan melahirkannya juga akan ada pelbagai risiko tertentu hingga ibu mungkin terpaksa memilih cara bersalin pembedahan.


Walau bagaimanapun, lima ke 10% wanita hamil akan mempunyai kehamilan kembar. Jadi, tidak mustahil untuk anda mempunyai peluang hamil kembar juga, kan?


Cara mendapatkan bayi kembar: 2 jenis kehamilan kembar 

Sebelum tahu apa cara mendapatkan bayi kembar yang terbukti berkesan, jom kenali apakah 2 jenis kehamilan kembar ini dulu:


1. Kembar seiras: Satu telur (isteri) bersenyawa dengan satu benih sperma (suami). Kemudian embrio itu terbahagi dan menghasilkan dua embrio. 



2. Kembar tak seiras: Berkongsi gen sesama sendiri (jantina mereka serupa contohnya lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan atau boleh jadi jantinanya berlawanan lelaki-perempuan. 



Kehamilan kembar berisiko tinggi pada ibu dan janin. Doktor pakar O&G perlu memberi perhatian khusus kepada kehamilan kembar ini. Ibu juga perlu mendapatkan hasil pemeriksaan kehamilan yang terbaik. 


Banyak perkara yang harus diperhatikan ketika ibu hamil kembar seperti berat setiap janin, bilangan kembar sama ada dua, tiga atau lebih dan fungsi paru-paru yang boleh menyebabkan ketidakupayaan atau kematian. 


Faktor-faktor bagi mendapatkan bayi kembar 


1. Sejarah keturunan kembar 

2. Umur linkungan 30-an atau lebih tua.

3. Mengambil ubat kesuburan sebelum mengandung 

4. Menjalani prosidur IVF (bayi tabung uji)


Terdapat juga maklumat dari Majalah Parenting Real mengatakan wanita yang gemuk atau memiliki indeks jisim badan lebih besar mempunyai peluang cerah untuk hamil kembar. 


Cara mendapatkan bayi kembar: 5 petua semula jadi dan posisi seks! 



#1. Cara mendapatkan bayi kembar - Amalkan makanan yang mengandungi kalsium 

Penyelidikan oleh Dr. Gary Steinman, Pusat Perubatan Long Island New York State mengatakan wanita yang minum susu lima kali ganda cenderung dapat bayi kembar. Begitu juga kalau makan daging. 


Hal ini kerana, protein yang terdapat pada haiwan adalah faktor penting bagi memastikan kehamilan kembar. 


Protein ada pertumbuhan insulin yang dipanggil IGF. Ia terdapat dalam susu lembu dan produk haiwan lain yang membolehkan ovari bertindak lebih mudah sekaligus meningkatkan bilangan sel telur. 


#2. Cara mendapatkan bayi kembar - Banyak makan 

Jika anda banyak makan, tubuh berada dalam keadaan baik untuk memiliki lebih janin. Namun hati-hati, ini tidak bermaksud anda boleh makan apa saja sesuka hati tanpa melihat risiko lain yang boleh terjadi. 


#3. Cara mendapatkan bayi kembar - Makan asid folik

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/02/keluarga merpati putih.jpg Petua Mendapat Anak Kembar   6 Orang Anak Hanya Selepas 3 Kali Bersalin

Satu kajian dari Australia mendapati, asid folik menyumbang kepada kehamilan kembar. Tapi dalam penyelidikan yang lain ia sukar dibuktikan. 


#4. Cara mendapatkan bayi kembar - Makanan yang tinggi zat besi 

Ia boleh diperoleh daripada sayuran berdaun hijau, tiram dan bijirin.


Semua ini kaya dengan zat besi yang mampu merangsang pengeluaran sperma dan meningkatkan peluang anda untuk mempunyai kehamilan kembar. 


#5. Cara mendapatkan bayi kembar  - Merancang kehamilan 

Merancang kehamilan adalah sangat penting jika anda benar-benar mengimpikan cahaya mata kembar. 


Petua hamil kembar melalui 3 posisi seks 

Selain petua semula jadi yang telah dikongsi tadi, posisi seks yang betul juga menambahkan peluang bagi kehamilan kembar. 


Contohnya seperti posisi ini:


Standing up position: Suami isteri berada dalam kedudukan berdiri. Ia meningkatkan peluang anda untuk mempunyai kembar. Cubalah! 


 Missionary position: Melakukan seks missionary ini adalah salah satu cara untuk hamil kembar. Ia membuatkan sperma bercampur telur dengan mudah. 

 

Rear Entry Position: Posisi seks ini dilakukan di mana suami berada di belakang isteri. Ia membuatkan sperma dekat dengan serviks wanita. 


Walau bagaimanapun, peluang untuk kehamilan kembar ini bergantung kepada banyak faktor. Jika anda menggunakan teknologi seperti IVF, kemungkinan untuk hamil kembar adalah tinggi.


Namun anda boleh cuba dengan petua yang kami kongsikan tadi iaitu melalui cara semula jadi atau posisi seks. 


Semoga niat kalian untuk hamil kembar tercapai. 


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!