Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami kemalangan baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew Astro.
Tadi kami 4 kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang 8 bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke kl. Betul-betul lorong kanan touch n go lepas tol jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan. Ada sign tak boleh uturn.
Estima mereka cuba elak kereta uturn menyebabkan melanggar divider tengah jalan.
Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat ct scan. Doakan semuanya baik dan selamat.
Doakan Teyha,Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit.
Sumber : Ebit Liew