Skim Penipuan Pelaburan Haram iShareFan Dikesan, Mangsa Kerugian RM 600,000


 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan skim pelaburan baharu dalam talian yang mendakwa dapat menjana pendapatan dengan menggunakan pelbagai platform media sosial.


Antara platform skim pelaburan baharu itu yang sedang disiasat dikenali sebagai 'Queqiabao', 'Test Fight' dan 'Like and Share', 'Zan Zan Le' dan 'Isharefans'.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaakob berkata, sepanjang Oktober dan November, sebanyak 20 kertas siasatan telah dibuka melibatkan platform-platform pelaburan haram berkenaan dengan nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM689,146.


“Kebanyakan mangsa mendapat maklumat daripada iklan di laman sosial Facebook dan mereka diberikan nombor telefon untuk dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp. Seterusnya mereka diberikan satu pautan yang mereka perlu memberikan nombor telefon beserta nombor akaun bank.


Melalui aplikasi yang diberi secara percuma pada awalnya, mangsa dikehendaki melakukan tugasan ’like and share’ di Laman Tik Tok atau YouTube dengan setiap ’like and share’ akan menerima bayaran RM1 dengan 20 kali ‘like and share’ sehari dan keuntungan akan dibayar ke dalam akaun mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, bagi menambah tugasan dan keuntungan lebih tinggi, mangsa ditawarkan pakej dengan nilai bayaran dari RM99 hingga RM9,999.


Kebanyakan mangsa telah mendapat keuntungan pada peringkat awal namun menyedari mereka ditipu apabila jumlah keuntungan yang dijanjikan untuk pengeluaran tidak dapat dilakukan sementara pautan yang diberikan kepada mangsa juga telah ditutup, katanya.


Zainuddin berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas satu premis beralamat di KL Eco City, Khamis lepas tetapi didapati telah tutup sejak 9 November lalu.


Beliau berkata, pihaknya juga turut mengesan tujuh akaun bank berasingan melibatkan skim pelaburan terbabit.


Dalam pada itu beliau menasihati orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan dalam talian di media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan tanpa perlu berusaha.


“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti Semak Mule, Senarai Amaran Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum membuat keputusan untuk melabur,” katanya. - Bernama


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)