SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Rompakan Bersenjata : PATI Dipenjara Seumur Hidup, 15 Sebatan


 
Mahkamah Sesyen Tawau hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 15 sebatan terhadap seorang pendatang tanpa izin (Pati) yang menjadi perancang utama kes rompakan bersenjata di Laut Inderasabah, dekat sini, awal bulan ini.


Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap Ebi Jasmani, 20, seorang warga Filipina yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan rompakan ke atas seorang nelayan di bagang (sangkar) ikan bilis.


Mengikut pertuduhan pertama berhubung kemasukan ke negara ini secara haram, tertuduh dijatuhkan hukuman empat tahun penjara serta empat sebatan atas kesalahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/ 63.


Manakala bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama kerana melakukan rompakan satu unit telefon bimbit, lelaki itu dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan empat sebatan.


Sementara pertuduhan ketiga pula mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan tujuh sebatan kerana menunjukkan senjata api jenis pistol Colt.45 dengan peluru hidup yang boleh menyebabkan kematian.


Kesemua pertuduhan itu dilakukan tertuduh pada 3 Disember lalu jam 5 petang di Bagang A1004/2 Tanjung Kiras kawasan Laut Inderasabah, Tawau, bersama seorang lagi yang masih bebas.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kershanathan Pathmanathan dan tertuduh tidak diwakili peguam.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!