Peranti vape kena cukai, cecair nikotin macam mana...?



 Pengusaha vape menyokong usaha kerajaan bagi meregulasikan industri vape apabila mengumumkan semua peranti rokok elektronik termasuk vape dikenakan duti eksais pada kadar ad valorem (duti mengikut nilai barang) sebanyak 10 peratus, manakala cecair rokok elektronik termasuk vape akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen per mililiter pada pembentangan Belanjawan 2021, baru-baru ini.


Bagaimanapun, industri vape berpandangan satu peraturan terutama berkaitan cecair vape mengandungi nikotin serta garis panduan prosedur operasi (SOP) pengilangan termasuk standard produk perlu dikeluarkan supaya cukai yang bakal dikenakan dapat diseragamkan termasuk cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin.


Timbalan Setiausaha Agung Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) Syamil Hanafiah berkata, pihak industri vape bersetuju dan sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk meregulasi industri ini.


Menurutnya, cukai yang bakal dikenakan itu adalah langkah pertama yang tepat untuk meregulasikan industri terbabit. "Bagaimanapun, pihak kami berpendapat peraturan dan SOP pengilangan serta standard produk perlu diperkenalkan dengan segera terutamanya berkenaan dengan cecair vape yang mengandungi nikotin.


"Baru-baru ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia memberikan taklimat berkaitan perkara ini kepada industri dan mengeluarkan garis panduan pelaksanaan cukai eksais ke atas produk vape. "Pihak industri dimaklumkan bahawa percukaian itu tidak termasuk cecair vape yang mengandungi nikotin," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, keadaan itu menimbulkan masalah kepada industri terutama apabila kerajaan masih tidak mengeluarkan peraturan dan SOP pengilangan serta standard produk termasuk cecair vape mengandungi nikotin.


"Masalah di sini adalah kerana bantahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jadi bagaimana pihak kami mahu mendaftar untuk mengilang, menjual apatah lagi untuk membayar cukai.


"Pihak kami banyak kali cuba bekerjasama dengan KKM, namun respons yang diberi tidak memberangsangkan kerana mereka menentang sekeras-kerasnya penjualan produk vape terutama berkaitan cecair vape yang mengandungi nikotin atas alasan ia membahayakan kesihatan seolah-olah ia lebih buruk daripada merokok," katanya.


Katanya, di negara-negara lain, produk vape diiktiraf agensi kesihatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kesihatan sebagai produk yang kurang mudarat berbanding rokok atau produk tembakau, namun KKM tidak menerima pengiktirafan itu walaupun sudah tujuh tahun industri vape bertapak di Malaysia.


"Walaupun terdapat banyak perniagaan berkaitan vape di negara ini bagi memenuhi permintaan pengguna yang mencari produk lain demi berhenti merokok, namun kerajaan belum mengeluarkan peraturan untuk industri ini, malah KKM masih membantah penggunaan cecair vape yang mengandungi nikotin. "Memandangkan tarikh pelaksanaan cukai pada 1 Januari 2021 semakin dekat, peraturan harus dikeluarkan dengan segera termasuk standard produk terutamanya berkaitan cecair vape yang mengandungi nikotin.


"Pihak industri berharap kerajaan mengambil serius tentang perkara ini, jika tidak pihak industri tidak akan dapat memohon lesen eksais bagi membayar cukai pada pihak kerajaan," katanya. Sementara itu, pengusaha vape menganggap pengumuman percukaian ke atas vape termasuk cecair vape yang mengandungi nikotin pada kadar tinggi akan memberi kesan kepada harga.


Pengusaha vape Franky Fong, 34, berkata dia juga bersetuju produk vape dikenakan cukai kerana secara tidak langsung perniagaan mereka boleh didaftarkan secara sah.


"Pengumuman cukai itu satu kebaikan kepada pengusaha vape sebenarnya dan saya sendiri menggunakan vape di mana ada kebaikan iaitu tiada tar dalam cecair itu dan tidak menolak ada keburukannya," katanya.


Pada 6 November lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik - termasuk vape - akan dikenakan duti eksais pada kadar ad valorem (duti mengikut nilai barang) sebanyak 10 peratus.


Ia termasuk vape, produk elektronik pemanas tembakau, shisha dan rokok paip, manakala cecair rokok elektronik pula akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen per mililiter.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)