SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Penunggang Motosikal Maut Badan Putus Dua Akibat Kemalangan



Badan seorang penunggang motosikal putus dua selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Telupid ke Ranau, berdekatan Kampung Tapaang, semalam.


Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Rahim, 45, maut serta-merta di lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan yang sedang dalam perjalanan menuju ke arah sama iaitu dari arah Ranau ke Telupid.


Menurutnya, siasatan awal mendapati penunggang motosikal mengekori rapat sebuah treler sebelum dilanggar dari belakang oleh pacuan empat roda.


"Penunggang motosikal itu berada di antara treler dan pacuan empat roda. Mangsa kemudiannya tersepit akibat rempuhan dari belakang.


"Penunggang meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu treler berusia 44 tahun dan pemandu pacuan empat roda berumur 56 tahun tidak mengalami kecederaan.


"Siasatan awal mendapati ketika kemalangan keadaan gelap tanpa lampu jalan serta kejadian berlaku kawasan berselekoh," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Kasim berkata, mayat dihantar ke bilik mayat Hospital Telupid untuk bedah siasat.


"Pemandu pacuan empat roda ditahan di Balai Polis Telupid untuk siasatan lanjut.


"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!