SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Penunggang Basikal Maut Dirempuh Lori



 "Saya nampak macam ada benda tergolek, ingatkan barang terjatuh daripada lori sebelum saya bunyikan hon berulang kali bagi memberhentikan lori berkenaan," kata Mohd Shukri @ Budiman Hassan.


Beliau ialah saksi utama kejadian basikal yang dirempuh dari belakang sebuah lori di Jambatan Putrajaya berdekatan Kelab Tasik Putrajaya, kira-kira jam 9.40 pagi tadi.


Menceritakan mengenai kejadian itu, Mohd Shukri berkata beliau pada ketika itu baru pulang daripada berjoging dan memandu kenderaannya menghala ke rumahnya di Presint 11.


Mohd Shukri berkata kenderaannya berada di belakang lori berkenaan yang dibawa perlahan.


"Tiba-tiba lori berkenaan terbabas dan naik diatas penghadang jalan, dan saya nampak ada benda tergolek. Saya bunyikan hon berulang kali supaya lori berkenaan berhenti (daripada bergerak).


"Bila saya turun, rupanya objek yang saya ingat terjatuh itu adalah basikal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Mohd Shukri berkata, beliau kemudiannya pergi ke arah mangsa dan memeriksa nadinya dan mendapati nadi wanita berkenaan amat lemah sebelum menghubungi talian kecemasan.


"Ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian dan selepas menjalankan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan S Vijaya Rao berkata kes berkenaan disiasat di bawah kesalahan trafik mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Buat masa ini siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya," katanya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!