SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Pembantu Rumah Dera, Siksa Anak Majikan Ditahan



 Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan selepas dipercayai mencederakan dan menyiksa anak lelaki majikannya dengan sengaja di sebuah rumah di Taman Aman di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Nurulhuda Mohd Salleh berkata, polis menahan suspek berusia 23 tahun itu selepas ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis tengah malam tadi.


"Wanita berusia 33 tahun itu menerima panggilan daripada ibu mentuanya yang memaklumkan mangsa berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di dahi pada jam 6.30 petang.


"Wanita berkenaan bergegas pulang ke rumah dan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kanan anaknya," katanya melalui kenyataan media hari ini.


Nurulhuda berkata, wanita itu cuba mendapatkan penjelasan daripada pembantu rumah tetapi suspek tidak mengaku.


"Bagaimanapun, siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek dengan sengaja menolak meja sehingga menyebabkan mangsa terjatuh tersembam ke lantai," katanya.


Beliau berkata, ketika kejadian ibu mertua bersama tiga cucunya dan pembantu rumah terbabit berada di rumah.


"Ketika kejadian, ibu mertua berada di dapur, suspek pula sedang menyapu di ruang tamu dan mangsa sedang bermain di atas meja sofa di ruang tamu," katanya.


Menurutnya, pembantu rumah itu sudah bekerja dengan majikannya selama dua tahun dengan bayaran gaji sebanyak RM1,200 sebulan.


"Kita masih menyiasat sama ada suspek pernah cuai atau mendera anak-anak wanita berkenaan sebelum ini," katanya.


Nurulhuda berkata, suspek direman selama empat hari sehingga 7 Disember ini.


"Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat pendakwa rata untuk mendapatkan arahan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.




Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.