SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Pekerja Bangladesh Maut Tertimbus...



 Lelaki Bangladesh maut selepas tertimbus di tapak pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, seramai enam pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 2 petang.


Menurutnya, anggota bomba dibantu dua jengkaut di kawasan pembinaan itu melakukan penggalian di lokasi mangsa dilaporkan tertimbus.


"Mangsa kemudiannya ditemui pada 2.30 petang dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, mayat lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.