Pegawai Imigresen cop pasport dipenjara 30 hari, denda RM12,000


 Seorang pegawai Jabatan Imigresen dihukum penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,060 dua tahun lalu.


Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Norhayati Mohamad Yunus selepas tertuduh, Akashah Roslan, 38, mengaku bersalah di atas kesemua pertuduhan.


Dia boleh dipenjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.


Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, Akashah sebagai pegawai Jabatan Imigresen gred KP 19 di Jabatan Imigresen, Bangunan Sultan Iskandar, Johor telah memperoleh wang berjumlah RM3,060 daripada Mohd. Azril Azizan melalui akaun CIMB miliknya yang mana dia ketahui Mohd. Azril berkaitan dengan kerja pejabatnya.


Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan pada 22 hingga 14 September 2018 di bank CIMB, Jalan Mahsuri, Bandar Bayan Baru dekat sini.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-dua sekali.


Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), S. Silvaranjini dan Mohamad Azlan Basri manakala tertuduh diwakili peguam, Benjamin Tan Yi Bin.


Pada 16 November lalu, SPRM telah menjalankan Ops Selat dengan kerjasama Jabatan Imigresen yang berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cop keluar dan masuk sempadan utama negara.


Difahamkan seramai lapan pegawai Jabatan Imigresen didakwa pada hari ini dan Rabu di enam negeri berhubung kes itu


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)