SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Nenek Melecur 80% Di Badan Akibat Kebakaran

 



Warga emas berusia 78 tahun melecur 80 peratus di badan selepas rumahnya di Jalan Batas Paip, Teluk Bulang, di sini terbakar, semalam.


Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, Rokiah Hussain yang tidak dapat berjalan berjaya diselamatkan anak lelakinya berusia 46 tahun dengan membawanya keluar dari rumah itu ketika api sedang marak.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 6.32 petang.


Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Zulkifli Azis tiba di lokasi jam 6.55 petang.


"Setibanya di tempat kejadian didapati kebakaran membabitkan rumah mangsa kelas B yang mengakibatkan penilaian awal kemusnahan sebanyak 50 peratus.


"Terdapat mangsa wanita warga emas berusia 78 tahun cedera melecur 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohamadul Ehsan berkata, api berjaya dipadamkan dengan bantuan oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpang Empat.


Beliau berkata, tindakan lanjut yang dilakukan anggota BBP Jalan Raja dan PBS memastikan tiada lagi sumber api yang boleh mencetuskan api semula.


"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya 7.02 malam.


"Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota BBP Jalan Raja sementara menunggu pihak KKM tiba di lokasi dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan," katanya.


Mohamadul Ehsan berkata, setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!