Mayat Lelaki Ditemui Putus Tangan, Ditetak Di Kepala



 Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, belakang bahu dan putus lengan kanan di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, hari ini.


Lelaki warga Indonesia berusia 36 tahun yang bekerja di kilang kelapa sawit di ladang itu ditemui mati dalam keadaan tertiarap pada 7.30 pagi.


Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, lelaki itu dikatakan tidak hadir bekerja sejak semalam sebelum pekerja ladang menemui kenderaan mangsa ditinggalkan di tepi jalan di ladang itu dalam keadaan mencurigakan.


"Rakan sekerja cuba menghubungi mangsa namun tidak berjaya. Pada 7.30 pagi hari ini, rakan sekerja mencari mangsa di lokasi kenderaan itu sebelum ditemui di tepi lorong di kawasan ladang dalam keadaan tertiarap.


"Pemeriksaan mendapati, ada kesan luka dipercayai akibat tetakan pada kepala, belakang bahu dan putus lengan kanan atas siku pada anggota badan mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Kasim berkata, lelaki itu dipercayai ditetak menggunakan parang dan setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan.


"Mayat lelaki itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Beluran untuk tindakan lanjut.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Katanya, polis giat menjalankan siasatan dan meminta orang ramai yang memiliki maklumat berhubung kes itu tampil ke balai berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran di talian 089-511222.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)