Lelaki Berstatus Suami Dicekup Khalwat Dengan Istri Orang


 Lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan pasangan bukan Islam warga Indonesia di sebuah motel di Taman Seroja, di sini, hari ini.


Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) Azwan Azman berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan bersama wanita berusia 42 tahun dalam pemeriksaan pada 12.40 tengah hari selepas menerima maklumat.


"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, lelaki yang berpakaian lengkap membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.


"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, wanita itu bersembunyi dalam jamban berkenaan tanpa pakaian," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Azwan berkata, selepas disoal siasat pasangan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.


Katanya, siasatan lanjut mendapati lelaki berasal dari Sarawak itu sudah beristeri dan baru dua tahun berkahwin.


"Lelaki itu masih belum mempunyai anak dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di daerah ini.


"Wanita itu juga mengaku masih isteri orang dan bekerja di negara ini, manakala suaminya berada di Indonesia," katanya.


Katanya, mereka ditahan dan dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)