SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Lelaki Bersenjatakan Parang, Kurung Bini dan 2 Anaknya


 
Lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan polis selepas dia bertindak mengurung diri bersama isteri dan dua anaknya, selain menakutkan mereka dengan parang di sebuah rumah di Jalan Pokok Sena, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki berusia 46 tahun menyuruh isterinya berusia 45 tahun dan dua anaknya berusia 4 serta 12 tahun supaya masuk ke dalam bilik di tingkat atas rumah yang didiami mereka dengan memegang parang berukuran 54 sentimeter.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki itu kemudian mengunci pintu dan menutup lampu sebelum membuka radio dengan tidak membenarkan sesiapa pun keluar dari bilik terbabit.


"Tidak lama kemudian isteri suspek cuba memujuk suspek untuk keluar dengan memberi alasan mahu ke tandas.


"Suspek membenarkan isteri bersama anak sulungnya keluar sambil mengekori mereka namun isteri serta anaknya itu berjaya melarikan diri.


"Isteri suspek meminta pertolongan daripada bapa saudaranya yang tinggal bersebelahan memandangkan seorang lagi anaknya masih di dalam bilik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, polis ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung insiden itu dan membuat tangkapan ke atas suspek.


"Temubual yang dijalankan ke atas isteri suspek memaklumkan ini kejadian pertama yang berlaku selepas 18 tahun hidup berumahtangga.


"Isteri suspek yang bekerja sebagai pembantu tadika memberitahu dalam kejadian ini juga suaminya tidak tidak mengugut atau mencederakan sesiapa.


"Namun tindakan suaminya yang mengeluarkan parang membuatkan dia takut dan bimbang jika suaminya bertindak di luar kawalan," katanya.


Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis syabu.


Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!