Lagenda Bola Sepak Negara Namat Abdullah sudah tiada...


 
Arena bola sepak negara kehilangan seorang lagi legenda dan Olimpian apabila bekas pemain kebangsaan, Datuk Namat Abdullah disahkan meninggal dunia di Kamunting, Perak, hari ini.


Allahyarham yang berusia 74 tahun menghidap barah usus dan angin ahmar kembali ke Rahmatullah di kediaman anaknya, jam 5.30 petang tadi dan jenazah akan dibawa ke Sungai Petani, Kedah untuk dikebumikan di sana, pagi esok.


Menerusi kenyataan media oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), badan induk itu menghulurkan salam takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara itu.


Lahir pada tanggal 30 Mac 1946, Namat menyarung jersi negara dari tahun 1968 hingga 1975 yang mana bekas kapten Harimau Malaya itu turut menganggotai skuad Olimpik Munich 1972 dan Sukan Asia Teheran 1974.


Memulakan kerjayanya dengan Marines Sports Club di Pulau Pinang, Namat dikenali dengan rembatan deras dan lontaran ke dalam sejauh ke dalam petak penalti sepanjang kerjayanya sebagai pemain pasukan Penjara, Pulau Pinang dan Malaysia.


Allahyarham pada awal kariernya bertindak selaku penggempur ketika membantu Pulau Pinang menjuarai Piala Burnley pada 1965 sebelum ditukarkan sebagai bek kanan yang mana dia mengutip pingat kemenangan Piala Malaysia, muncul juara Pestabola Merdeka dan memenangi pingat gangsa Sukan Asia di Teheran semuanya pada tahun yang sama iaitu 1974.


Selain penampilan yang tidak dapat dilupakan di Munich 1972, Pestabola Merdeka edisi 1974 di Ipoh berjaya membawa kenangan manis buatnya kerana dia diberi penghormatan menjulang piala selaku kapten di sebalik ketiadaan Datuk M Chandran.


Buat julung kali dilantik sebagai kapten Harimau Malaya pada Pestabola Vietnam pada 1970, Namat juga dikenang kerana penampilannya dan adik-adiknya, Shaharudin dan Ridzuan membintangi skuad Pulau Pinang pada 1970-an. Shaharudin turut mewakili negara ke Sukan Olimpik di Munich.


Pada 5 November lalu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sempat untuk berbual dengan Allahyarham menerusi sidang video mengenai status kesihatan terkininya dan meminta maaf kerana tidak dapat menziarahinya di Kamunting berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika itu.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengampuni dosanya serta meringankan musibah keluarganya. Al-Fatihah.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)