Khabib ditawarkan RM 407 Juta untuk masuk semula ke UFC


 Khabib Nurmagomedov meletakkan harganya untuk kembali ke UFC namun tidak berminat bertarung semula berdepan Conor McGregor.


Atlet seni bela diri campuran (MMA) dari Rusia itu mengumumkan persaraan mengejut pada Oktober lalu selepas menewaskan Justin Gaethje.


Juara lightweight UFC itu melebarkan rekod 29-0 menerusi kemenangan ke atas Gaethje di Abu Dhabi.


Ia sebagai menunaikan janji Khabib yang tidak mahu bertarung lagi selepas kematian bapanya tahun ini.


Namun Khabib mengakui sukar untuk menolak tawaran AS$100 juta (RM407 juta) supaya dia kembali daripada persaraan.


Menurut Marca, dia berkata 'kalau anda putuskan sudah berakhir, maka ia berakhir.'


"Tetapi Dana menawarkan wang kepada saya. Jika sebagai contoh, AS$100 juta, sudah tentu ia keputusan yang sukar.


"Kita lihat apa yang difikirkan olehnya. Saya berpendapat perkara ini akan terus diingati sehingga penghujung hidup saya."


Khabib menewaskan McGregor dalam pertarungan empat pusingan di UFC 229 pada 2018.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)