SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Kereta Langgar Lori, 3 Kanak-kanak Maut



 Tiga kanak-kanak maut, manakala seorang wanita parah dalam kemalangan jalan membabitkan sebuah kereta dan dua lori di Kilometer 272.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, Simpang Pulai di sini, hari ini.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.01 petang.


"Anggota yang ke lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan kereta Perodua Axia dan dua buah lori.


"Kami difahamkan kedua-dua lori berkenaan bergesel sesama sendiri dan berhenti di laluan kecemasan sebelum kereta terbabit melanggarnya.


"Tiga kanak-kanak lelaki yang berada dalam kereta terbabit maut di tempat kejadian," katanya.


Menurutnya, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kemudian menyerahkan mangsa yang maut di lokasi kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


"Mangsa yang parah pula dikejarkan ke hospital menggunakan kenderaan EMRS," katanya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.