Kakitangan Bank Maut, Motor Bertembung Dengan Kereta



 Seorang kakitangan bank maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di KM 102 Jalan Ipoh - Butterworth berhampiran Taman Serai Baiduri di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa, Mohd Hayatul Firdaus Abdul Majid, 39, dari Kampung Jambu, Taiping disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM VF3i dalam perjalanan dari arah Taiping menuju ke Bagan Serai.


“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai motosikal mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.


“Perodua Myvi yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 48 dan 43 tahun cuba mengelak ke kanan namun gagal akibat jarak yang dekat sebelum bertembung dengan mangsa,” katanya.


Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan di kepala.


“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.


“Tiada tangkapan dilakukan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)