SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Isha Norsham Nak Suami Orang Korea Macam Lee Min Ho



 Namanya masih baru lagi dalam industri hiburan tanah air, pengacara Isha Norsham lebih dikenali menerusi rancangan Astro Gempak TV. Namun, namanya menjadi perhatian ramai apabila kisah mengenainya disiarkan di satu akhbar baru-baru ini.


Apa yang menjadi bualan ramai gadis berkulit hitam manis itu tidak berminat untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu dan lebih memilih lelaki berasal dari Korea.


Mengakui masih solo, gadis berusia 24 tahun itu juga turut memberitahu ciri-ciri lelaki idamannya perlulah mempunyai ketinggian 180cm ke atas.


Dek kerana terlalu minat dengan aktor dari Korea, Lee Min Ho, Isha berkata dia impikan lelaki serta pasangan yang mempunyai ciri-ciri fizikal sama seperti aktor tersebut.


“Ciri-ciri terpenting untuk menjadi pasangan saya ialah harus mempunyai ketinggian 180cm ke atas. Kini saya memang sedang cari lelaki yang mempunyai kriteria tersebut untuk dijadikan suami. Syarat ini saya tetapkan kerana saya sukakan Lee Minho,” katanya.


Berasal dari Perlis, Isha pernah menjadi penari dan terlibat dalam program Astro On Air. Gadis ini juga dikenali di TikTok dengan 57,000 pengikut kerana pernah viral selepas melakukan #anysongchallenge.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!