SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Iklan Billboard Berunsur Lucah Dirobohkan, Founder Produk Terdesak?


 Sesetengah orang menggunakan cara mudah untuk mendapatkan perhatian ramai terutama dalam mempromosikan produk barangan yang ingin dijual. Bak kata orang putih tu apa? ‘Any publicity is a good publicity?’


Mungkin disebabkan pemikiran ini, mereka sanggup bertindak agresif dengan menjadikan lawak berunsurkan lucah sebagai tarikan.


Viral di media sosial baru-baru ini apabila penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan papan iklan melampau berunsur lucah yang ditayangkan di tepi lebuhraya. Papan iklan itu menjual produk mandian namun menggunakan illustrasi seolah-olah membawa maksud ‘onani’.



Onani/masturbation disinonimkan juga dengan perkataan menyabun/toceng/melancap. Kelucahan dinormalisasikan bukan sahaja dalam media sosial, bahkan di tepi-tepi jalan. Hairan bagaimana iklan billboard seperti ini boleh diluluskan. Apa agaknya yang ada dalam fikiran founder produk ini ya. Nak jual sabun jual lah. Tak perlu gunakan ayat double meaning begini.


Tak cukup dengan itu, ada pula jenama yang menggunakan perkataan lucah menggambarkan seakan-akan ‘payu dara’. Walaupun ejaannya berbeza namun cara sebut adalah sama. Perkara ini boleh memberi pengajaran tidak baik untuk masyarakat, lebih-lebih lagi kanak-kanak.



Terima kasih Majlis Perbandaran Selayang. Ini bukan satu kemenangan, tapi satu permulaan. Ingat, saya tak bicarakan bab produk overclaimed, ada atau tidak kelulusan naikkan billboard di tepi-tepi jalan. Itu biarlah pihak yang berautoriti jalankan tugasnya.


Yang saya ketengahkan adalah melawan sebarang normalisasi kelucahan yang terdapat di dunia nyata mahupun media sosial setakat yang termampu.


Ramai juga bersetuju dengan pendapat beliau. Mungkin ada yang memandang enteng hal ini, namun percayalah ia mampu  memberi kesan buruk kepada anak-anak kecil yang akan tersalah tafsir.



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.