Harga Roti Berperisa Gardenia Naik Antara 5 sen ke 20 sen


 Harga beberapa produk roti berperisa jenama Gardenia akan mengalami kenaikan antara 5 sen hingga 20 sen mulai 1 Disember ini berikutan kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko dan susu serta kos pembungkusan.


Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini pihaknya menyerap kos kenaikan itu, namun kini ia tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk Gardenia terpilih.


Menurutnya, antara produk-produk Gardenia yang akan mengalami perubahan harga adalah Gardenia Squiggles - Funky Strawberry, Choco Malto; Gardenia Delicia Soft Roll - Butter Toffee, Sambal Bilis, Gardenia Fluffy Red Beans; Gardenia Toast'em; Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin serta Raspberry Milk & Cranberries.


"Harga bagi produk Gardenia yang lain dikekalkan kerana GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk berkenaan," menurut kenyataan itu.


GBKL berkata, sepanjang beberapa tahun kebelakangan, GBKL mengalami kenaikan kos luar biasa dari segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan pihak syarikat.


Katanya, kenaikan harga adalah langkah terakhir selepas semua usaha digembleng terlebih dahulu, dan fokus pada ketika ini adalah untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang selain memastikan bekalan optimum pada harga yang berpatutan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)