Gadis OKU berusia 8 tahun jatuh sungai dikuatiri lemas



Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Merbok dekat Kampung Bikan Atas di sini hari ini.


Mangsa, Irdina Aleesya Zamri dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira pukul 6.15 petang tadi.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.30 petang.


Kata beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Saad Hassan tiba di lokasi pada pukul 7.10 malam ini.


“Sebaik tiba di lokasi, kita menemui tuala dan selipar disyaki milik mangsa di tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurutnya, tindakan awal adalah dengan melakukan pencarian di permukaan air di lokasi mangsa dipercayai terjauh.


“Operasi mencari mangsa juga akan turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani,” tambahnya


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)