DAP mahu bekerjasama dengan UMNO bentuk kerajaan...



 Kesediaan DAP Perak bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri yang stabil bukti parti itu bukan anti Melayu dan atau anti Islam, kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.


Keputusan itu, kata Kor Ming, dibuat DAP selepas mengambil kira situasi di Perak di mana tiada satu parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan yang stabil berikutan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Jumaat lalu.


“Pada 4 Disember, 2020, DAP Perak telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO demi membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, kukuh dan stabil," kata Kor Ming dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain itu Kor Ming berkata, kesediaan bekerjasama itu juga mencerminkan jiwa besar parti itu yang sanggup meletakan kesejahteraan rakyat sebagai agenda utama berbanding parti.


"Satu perjanjian bertulis perlu dimeterai sekiranya cadangan kerjasama ini mencapai kata sepakat.

"Perlu juga ditegaskan DAP tidak akan berkompromi dengan amalan rasuah atau penyelewengan dalam soal integriti pentadbiran," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)