Dai Syed Difitnah... - Peminat


 Pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas pertuduhan melakukan  persetubuhan luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta Oktober lalu.


Syed Shah Iqmal, 25, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin dan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.


Di Mahkamah Sesyen tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita berusia 22 tahun di sebuah rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober lalu.


Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntumkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.


Terdahulu ,Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha tidak menawarkan sebarang jaminan dengan menegaskan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.


“Tertuduh juga mempunyai beberapa kes lain selain mangsa dan tertuduh mengenali antara satu sama lain dan kemungkinan tertuduh akan menganggu mangsa” katanya.


Vitiya Monisha berkata sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah RM100,000 dan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan dan dilarang menganggu mangsa.


Bagaimanapun peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili berhujah walaupun kes itu tidak boleh dijamin, mahkamah masih mempunyai budi bicara untuk memberikan ikat jamin terhadap anak guamnya.


“Sepanjang siasatan dijalankan, tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik. Malah semasa siasatan bagi kes tangkapan pertama, tertuduh sendiri hadir tanpa bantahan, ” katanya.


Selepas mempertimbang dan mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Hakim Faiz membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 haribulan setiap bulan.


“Tertuduh juga dilarang menganggu mangsa sehingga perbicaraan selesai, “kata Hakim Faiz.


Mahkamah kemudian menetapkan 19 Februari 2021 bagi sebutan semula kes. 

Dalam pada itu, ramai netizen yang mengecam tertuduh walaupun kebenaran belum terbukti yang dia bersalah dan ada juga peminat atau followers Dai Syed yang menegaskan bahawa dia difitnah oleh perempuan-perempuan tersebut untuk menjatuhkan Dai Syed,

Sejauh mana kebenaran tuduhan ini hanya Allah, pelaku dan yang membuat laporan sahaja yang tahu dan kelak orang ramai akan ketahui selepas pihak berkuasa selesai membuat siasatan. 


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)