Budak Lelaki 2 Tahun Maut Tembak Diri Sendiri Dengan Pistol


 

Budak lelaki dua tahun maut selepas tertembak diri sendiri dengan pistol yang ditemui dalam bilik tidur rumahnya di Fairmount, di sini.


Kanak-kanak malang itu, Leighton Seals dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia pada Selasa.


Ketika insiden berlaku, ibunya, Caci Seals, 22, berada di dalam bilik lain dan sibuk menyuapkan adik perempuannya makan, manakala ayahnya tiada di rumah.


Menjelaskan tragedi berkenaan, Jurucakap Polis Indiana berkata, bukti menunjukkan Leighton menarik picu pistol jenis Ruger 9mm yang menyebabkan terkena sebutir peluru.


"Namun siasatan lanjutan masih lagi dijalankan," katanya seperti dilapor Metro UK.


Bagaimanapun, kata jurucakap itu, tiada makluman lanjut akan dikeluarkan berhubung persekitaran tembakan termasuk dari mana Leighton mengambil pistol terbabit.


Jelasnya, penemuan mereka akan diserahkan kepada pendakwa raya sebaik siasatan selesai, sekali gus menjelaskan tuduhan jenayah bakal menyusul.


Dalam pada itu, halaman GoFundMe dibuka untuk majlis pengebumian kanak-kanak itu dengan keterangan, "Jika anda mengenali Leighton, anda pasti tahu bahawa dia seorang yang bijak, kelakar dan menyeronokkan. Dia sayangkan keluarganya dan kehidupan ini."


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)