Bayi Perempuan Parah Ditikam Bapa


Bayi perempuan berusia 20 bulan parah selepas ditikam bapanya yang dipercayai kurang siuman di Puchong Permai di sini, petang hari ini.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 4 petang ketika mangsa dan suspek berada di rumah.


"Suspek yang berusia 27 tahun dikatakan mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak menikam anak perempuannya itu.


"Sepasukan polis yang menerima maklumat daripada ahli keluarga mangsa kemudiannya bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Abd Khalid berkata, ujian saringan awal air kencing akan dilakukan bagi memeriksa sama ada suspek positif dadah atau sebaliknya.


"Kanak-kanak berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Serdang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


"Polis juga merampas sebilah pisau pemotong roti yang digunakan untuk menikam mangsa," katanya. 



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)