SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Bapa Tikam Bayi Menangis Di Mahkamah



 Seorang bapa yang cuba membunuh anaknya dengan menikam perut bayi berusia 20 bulan itu pada minggu lalu, dipenjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Muhammad Safwan Shafie, 27, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.


Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 12 Disember lalu.


Terdahulu, ketika dibawa masuk ke kandang tertuduh, Muhammad Safwan dilihat hanya mendiamkan diri.


Bagaimanapun, sebaik ditunjukkan gambar mangsa dan lokasi kejadian oleh polis mahkamah untuk tujuan pengecaman, tertuduh menangis teresak-esak dan mengakui gambar berkenaan.


Mengikut pertuduhan, Muhammad Safwan didakwa cuba membunuh dengan menikam bayi perempuan itu di sebuah unit di Flat Puchong Permai, Puchong di sini pada jam 4.30 petang, 12 Disember lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.


Tertuduh yang bekerja di sebuah kedai aksesori kereta tidak diwakili peguam dan merayu agar diberi hukuman ringan dengan alasan sudah insaf dengan tindakan yang dilakukan.


"Saya mohon hukuman ringan dan serendah-rendahnya sebab saya sudah insaf," katanya sambil menangis.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Shanur Farahin Shapri membantah permohonan tersebut dan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat.


"Ini kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah sangat serius yang mana dalam kes ini mangsa mengalami kecederaan dan terdapat luka sepanjang lima sentimeter.


"Selaku seorang bapa, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung namun dia bertindak sebaliknya," katanya.


Pada 12 Disember lalu, media melaporkan bayi berkenaan parah dengan perut dan ususnya terburai akibat ditikam.


Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu, suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk sebelum bertindak menikam mangsa.



Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.