Angkat Helmet, Jumpa Mayat Dalam Air


 
Seorang sukarelawan yang melakukan rondaan banjir di Kampung Tasek, Gong Kala, di sini, petang hari ini dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki dipercayai lemas.


Tengku Mohd Harith Tengku Azis, 39, berkata, sekitar 4.15 petang itu, dia melakukan rondaan banjir di kawasan berkenaan selepas membantu pasukan keselamatan memindahkan mangsa banjir di daerah itu.


Katanya, sebaik tiba di situ, dia terlihat topi keledar terapung di kawasan banjir dan seorang lelaki berusia 20-an cuba mengambil topi keledar berkenaan.


"Lelaki itu beritahu saya, topi keledar berkenaan berat untuk diangkat, saya cuba membantunya dan ternampak bahagian motosikal.


"Apabila diangkat motosikal, muncul mayat dengan masih memakai topi keledar itu dalam keadaan keadaan tertiarap," katanya ketika dihubungi.


Tengku Harith yang juga Pengerusi Amalteam Kelantan berkata, dia yang terkejut dengan penemuan itu menghubungi Balai Polis Bukit Yong.


Menurutnya, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Fahmie Abdullah@Mahmud, 33, dari Kampung Gong Depu, Pasir Puteh.


Katanya, hasil pertemuan dengan keluarga mangsa, mereka memaklumkan mangsa tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin.


"Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) saya turut membantu menguruskan jenazah arwah secara percuma yang mana bantuan ini sebahagian program amal kami," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri mengesahkan kejadian itu dan siasatan awal dipercayai mangsa melintasi kawasan banjir untuk pulang ke rumah semalam, namun lemas di kawasan berkenaan.


"Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.


"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis dan disahkan meninggal dunia dan kami masih meneruskan siasatan," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)