Adik Iqram Perlu Jalani Pembedahan Telinga, Tangan dan Dada


 Penderitaan Iqram Hashim,11, yang mengalami komplikasi akibat kebakaran ketika berusia dua tahun mendapat perhatian ahli kelab permotoran berkuasa tinggi, Asia Brotherhood Centre.


Seramai 40 ahli Asia Brotherhood Centre yang diketuai Datuk Seri Azmi Razil Razak berkunjung ke rumah datuk Iqram, Abdul Manan Amatdi Felda Jengka 23 di sini, baru-baru ini.


Dalam pertemuan itu Azmi Razil yang juga Pengerusi Asia Brotherhood Centre memberi jaminan kos pembedahan Iqram akan ditanggung oleh kelab permotoran berkenaan.


"Adik Iqram perlu menjalani pembedahan kedua-dua belah telinga, tangan dan dada yang membabitkan perbelanjaan besar.


"Jadi Asia Brotherhood Centre akan memastikan adik Iqram selamat menjalani pembedahan di telinga, lengan dan di bahagian dada," katanya ketika ditemui.


Azmi berkata, ahli kelab sangat bersimpati melihat keadaan adik Iqram kesan komplikasi terbakar ketika berusia dua tahun.


Baru-baru akhbar ini menyiarkan kisah seorang ibu tunggal merayu bantuan orang ramai bagi melakukan pembedahan anaknya yang mengalami komplikasi kulit akibat kebakaran.


Dua tahun lalu, nasib malang menimpa Iqram apabila tanpa diduga timbunan sampah yang dipercayai terdapat bekas kosong penyembur racun serangga meletup dan menyambarnya yang berada kira-kira satu meter dari situ.


Ibu Iqram, Suraya Abdul Manan, 39, berkata, pembedahan terhadap Iqram perlu dilakukan segera bagi mengelakkan anaknya berasa rendah diri akibat kesan melecur pada dirinya.


Katanya, ketika ini Iqram, anak sulung daripada dua beradik, perlu ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh setiap dua bulan sekali untuk pemeriksaan dan rawatan.


Katanya, beliau terharu dengan perhatian dan sokongan Kelab Permotoran Berkuasa tinggi itu untuk menanggung kos pembedahan Iqram.


"Pembedahan pertama yang membabitkan kedua -dua lengan dijadual tahun depan.


"Pembedahan perlu disegerakan kerana pada 2022, Iqram akan naik ke tingkatan satu dan mungkin malu dengan keadaannya," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)