40 Orang Ditahan Susulan Pergaduhan Di Low Yat


 Seramai 40 individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang, di sini, petang tadi.


Pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan pelanggan.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.


"Setakat ini siasatan awal sedang dilakukan dan satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi BH hari ini.


Sementara itu sumber memberitahu kejadian pergaduhan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pergaduhan antara kaum.


Sebaliknya, ia adalah membabitkan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati akibat pelanggan mereka diambil oleh peniaga lain.


Bagaimanapun butiran perniagaan berkaitan pergaduhan itu tidak dinyatakan.


Terdahulu tular dua video yang menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Plaza Low Yat, di sini, petang tadi.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)