Wong Mengaku Tidak Bersalah, Dibenarkan Ikat Jamin RM 1,000



 PETALING JAYA – Seorang bekas pemimpin mahasiswa hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menghalang polis menjalankan tugas semasa siasatan kes melibatkan persatuan itu.


Tertuduh, bekas Presiden Persatuan Belia Muda Universiti Malaya (UMANY), Wong Yan Ke, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.


Mengikut pertuduhan, Yan Ke pada 7 November lalu di kediamannya di sini didakwa dengan sengaja mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam iaitu Asisten Superintenden Lee Robert supaya berhenti membuat rakaman di video Live Facebook semasa pegawai polis tersebut membuat serbuan.


Dia dituduh mengikut Sekysen 188, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu bulan atau denda RM400 atau kedua-duanya sekali.


Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Atifah Hazimah Wahab menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.


Bagaimanapun peguam Rajsurian Pillai yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan tertuduh memberi kerjasama kepada pihak polis dan bekerja dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dengan pendapatan RM600 sebulan.


Majistret Nurshahirah membenarkan Yan Ke diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Februari 2021 untuk sebutan semula kes. 


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja