Wanita Belanja RM 32,000 sebulan untuk beri 500 ekor kucing makan



 Seorang wanita hidup bahagia sambil ditemani hampir 500 ekor kucing di kediamannya di bandar Muscat, Oman.


Maryam al-Balushi tidak mempedulikan aduan jiran-jiran sekeliling apabila mengumpulkan 480 ekor kucing dan 12 ekor anjing di rumahnya.


Wanita itu memberitahu semua haiwan peliharaannya membantu menjadikan hidup menjadi lebih ceria dan peneman duka.


“Saya mendapati haiwan terutamanya kucing dan anjing lebih setia berbanding manusia,” katanya.


Maryam yang menjadi anak yatim pada usia muda, mula mengumpul ‘rakan-rakan’ bulu comel ini yang dikutip di tepi jalan sejak 10 tahun lalu.


Setiap bulan, dia perlu membelanjakan AS$7,800 (RM31,905) bagi keperluan makanan dan perubatan haiwan peliharaannya.


Maryam juga sanggup memikul tanggungjawab menjaga 17 ekor daripada haiwan peliharaannya yang buta serta memerlukan perhatian dan bantuan perubatan lebih intensif.


Tambah Maryam, koleksi kucing dan anjing peliharaannya banyak membantunya bangkit dari masalah tekanan perasaan malah menjadikannya popular di laman Instagram. -AFP


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)