Ustaz Ebit bantu nenek 70 tahun bina rumah baru


 PENCERAMAH bebas, Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Ebit Lew sangat dikenali dengan kerja-kerja amal.

Terbaharu, Ustaz Ebit Lew sekali lagi mendapat perhatian warganet kerana membantu seorang warga emas yang tinggal di sebuah bangsal kecil.


Melalui perkongsian beliau di laman Facebook miliknya semalam, Ustaz Ebit Lew telah berkongsi satu posting yang mana beliau telah sampai ke Tumpat, Kelantan bagi menziarahi wanita tersebut yang dipercayai telah tinggal selama 12 tahun di situ.


Beberapa jam yang lalu Ustaz Ebit Lew sekali lagi berkongsikan mengenai proses pembinaan rumah baharu warga emas tersebut.


Kita sememangnya perlu bersyukur kerana adanya insan mulia seperti Ustaz Ebit Liew yang sanggup mengeluarkan belanja duit poketnya sendiri dan menyantuni golongan yang memerlukan bantuan.


Hakikatnya, kita masih memerlukan lebih ramai lagi dermawan seperti beliau kerana bilangan orang miskin dan gelandangan yang memerlukan bantuan masih ramai.


Usaha yang dilakukan Ustaz Ebit Liew sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kerajaan dalam membantu golongan yang miskin dan susah.


Diharap Ustaz Ebit Liew boleh dijadikan teladan dan ikon kebajikan yang boleh melahirkan lebih ramai anggota masyarakat yang mampu tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukannya.


Namun adakalanya bantuan Ebit Liew ini sering disalah tafsir pelbagai pihak, oleh itu kita berharap Ustaz Ebit Liew tidak berputus asa dan akan meneruskan bantuannya pada golongan yang memerlukan.


Perlu diingat, jika kita tidak mampu menghulurkan bantuan seperti beliau sekalipun, janganlah mencemuh atau menghalang usaha murni beliau.


Justeru, kita berharap Ustaz Ebit Liew akan meneruskan kerja-kerja kebajikan dan marilah kita sama-sama membantu beliau sebaik yang mungkin.




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja