SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Tumbuk Bini Di Mall, Suami Dipenjara 6 Bulan


 Seorang buruh dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menumbuk muka isterinya sehingga cedera, pada bulan lalu.


Majistret Mazana Sinin, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Azirul Shahizwan Azhar, 25, yang membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Siti Khadijah Nordin, 28, yang merupakan seorang isteri yang sah dengan cara menumbuk di bahagian pipi kiri.


Tindakan itu dilakukan tertuduh pada pukul 12.55 tengah hari di aras satu bahagian medan selera pusat beli-belah Aeon Bukit Baru pada 19 Oktober 2020.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.


Difahamkan kejadian berlaku selepas pasangan suami isteri itu bertengkar ekoran mangsa dikatakan enggan mengikut tertuduh pulang ke kampung di Lendu, Alor Gajah.


Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan hanya bekerja sebagai buruh dan tiada pendapatan tetap selain menanggung tiga orang anak.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nora Yaacob, kemudian memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.


Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dari tarikh ditangkap iaitu 24 November 2020.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.