Tiga dicari bantu kes cop palsu keluar masuk sempadan



 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk palsu di sempadan utama negara.


SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki pertama iaitu Clement Chen Wei Chien, 35, mempunyai alamat terakhir di 12A Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dan No 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, Cheras.


"Sementara itu lelaki kedua, Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur; A-16-3A One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1, Kuala Lumpur dan No 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor.


"Dalam pada itu, SPRM turut mengesan seorang wanita, Ho Lei Kiow, 47, yang mempunyai alamat terakhir di No 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora, 83000 Batu Pahat, Johor," katanya.


Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947.


Sebelum ini wang tunai berjumlah RM800,000 bersama 26 kereta mewah serta empat motosikal berkuasa tinggi dirampas dalam Ops berkenaan dan belum mengambil kira harta-harta lain yang terlibat seperti rumah, tanah, barang-barang kemas dan sebagainya.


Modus operandi sindiket berkenaan dalam mengatur 'setting' di kaunter-kaunter Imigresen khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 yang menurutnya turut didalangi ejen di luar negara.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)