Tertuduh Dibenar Ikat Jamin RM 12,000 dengan syarat...

 



Pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun.


Tertuduh, Muhammad Ridzuan Mohamad, 20, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman sebelum mohon dibicarakan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun di sebuah bilik chalet di daerah ini, jam 11 malam pada 16 November lalu.


Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 23 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.


Bagaimanapun, tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu mangsa, saksi serta ahli keluarga mangsa.


Selain itu, tertuduh perlu melaporkan diri pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan di balai polis berhampiran sepanjang prosiding.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)